Pages

Friday, December 30, 2005

Warga pendidik kerja lima hari seminggu

Lebih 300,000 guru seluruh negara mendapat `hadiah' tahun baru apabila kerajaan akhirnya bersetuju dengan tuntutan mereka bekerja lima hari seminggu, sama seperti kakitangan awam lain.
Dengan dasar baru kerajaan yang berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2006, bermula minggu depan itu, bermakna perjuangan golongan pendidik itu sejak beberapa bulan lalu telah berhasil.
Sebelum ini, pelbagai kesatuan guru tidak berpuas hati kerana menganggap dianaktirikan disebabkan tidak mendapat layanan yang sama dengan kakitangan awam lain untuk bekerja lima hari seminggu.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat ketika mengesahkan berita gembira itu kepada Utusan Malaysia hari ini menyifatkan, ia satu `hadiah' tahun baru kepada golongan pendidik.
Beliau memberitahu, pengesahan dan kelulusan bekerja lima hari seminggu itu dibuat melalui pekeliling Kementerian Pelajaran yang turut dihantar kepada NUTP yang diterimanya minggu lalu.
Ia terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 bertajuk `Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu', bertarikh 5 Disember lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon

Petikan Utusan Malaysia

Thursday, December 22, 2005

Keputusan PMR 2005 bagaikan suatu keajaiban

Hari ini telah diumumkan keputusan PMR. Seperti yang diduga daripada awal-awal lagi satu keputusan yang akan menutup mulut pengkritik pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeri diumumkan. Keputusan diumumkan lebih baik dan cemerlang daripada tahun lepas. Apakah ini benar satu realiti atau satu mimpi di siang hari.

Keputusan ini diperkuatkan dengan hujah bahawa adanya satu pakar pemantau.

Petikan Utusan Malaysia

``Keputusan PMR kali ini diperoleh melalui proses penetapan standard yang dihadiri oleh dua pakar dari United Kingdom dan Australia iaitu Dr. Anthony Dawson, pakar pengukuran Sains dan Matematik serta Peter Congdon, pakar Pengukuran Pendidikan,'' katanya.
Dawson adalah dari Cambridge International Examination (CIE) United Kingdom sementara Congdon, pakar dari Victorian Curriculum and Assessment Authority (VCAA) Australia.
Calon PMR tahun ini adalah kumpulan pertama yang menduduki mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Wednesday, December 14, 2005

Benarkah guru bagaikan lilin?

Menjadi guru bukanlah sampai mengorbankan dirinya sendiri untuk anak didik, bangsa , agama dan negara. Guru bukanlah lilin yang akhirnya binasa. Guru tetap guru yang memerlukan pengorbanan masa , fikiran dan tenaga untuk mendidik dan meneruskan cita-cita negara.
Hari ini Harian Metro cuba mengupas perumpamaan ini.