Pages

Friday, November 18, 2005

Dilema guru kemahiran hidup

Ada negeri pernah memberikan elaun kritikal kepada guru kemahiran hidup, tetapi kemudian ditarik balik. Bengkel diurus oleh guru kemahiran hidup tanpa pembantu. Waktu pengurusan bengkel yang diberikan oleh kementerian tidak iktiraf oleh pembuat jadual waktu dan pentadbir sekolah. Alasan yang diberikan tidak ada pekeliling tersebut.

Masa mengajar 4 waktu seminggu telah dikurangkan kepada 3 waktu seminggu. Satu waktu diberikan kepada sivik. Serentak dengan itu waktu yang tinggal itu perlu digunakan sebahagiannya untuk membuat ujian amali kemahiran hidup.

Guru bekerja 9 jam

Bagi guru biasa di sekolah dua sesi waktu kerja biasa adalah 6 jam. Ini tidak termasuk waktu tidak rasmi seperti :

  • Mesyuarat sekolah
  • Mesyuarat program peringkat daerah
  • Mesyuarat program peringkat negeri
  • Penyeliaan dan bimbingan aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan, sukan badan beruniform
  • membuat persediaan perlaksanaan aktiviti dan program tuan rumah
  • mengiring pelajar menyertai program di luar sekolah

Guru pendidikan seks

Hari ini aku mendengar di corong radio pemberita radio menyatakan bahawa Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga , Dato Sri Sharizat telah memberitahu bahawa pendidikan seks akan dilaksanakan tahun hadapan (2006) tetapi tarikh pelaksanaan akan ditentukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Bagiku sudah pastilah ada guru yang bergelar guru pendidikan seks atau guru seks. Kandungan dan masa pelajaran itu dilaksanakan belum diketahui lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita terkini:

Pendidikan seks prasekolah
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
Draf akhir garis panduan untuk 5 kumpulan sasaran ke Kabinet awal JanuariPUTRAJAYA: Murid prasekolah seawal usia empat hingga enam tahun adalah antara lima kumpulan sasaran yang akan diberi pendedahan mengenai pendidikan seks yang dijangka dilaksanakan mulai awal tahun depan.

Empat lagi kumpulan membabitkan pelajar berusia tujuh hingga sembilan tahun yang dikategorikan sebagai Tahap 2, awal remaja 10 hingga 12 tahun (Tahap 3), remaja 13 hingga 18 tahun (Tahap 4) dan 19 tahun ke atas meliputi mahasiswa, ibu bapa serta warga emas (Tahap 5).Perkara itu terkandung dalam draf akhir Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu pertama bulan depan.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar), berkata garis panduan itu juga mengandungi enam teras meliputi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran diri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.Beliau berkata, garis panduan itu disediakan kementeriannya serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang turut menubuhkan jawatankuasa pelaksana untuk merangka program itu pada semua peringkat umur.“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjadi sekretariat bagi semua program untuk mendidik orang ramai mengenai seksualiti berasaskan garis panduan itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pendidikan Seksualiti Kebangsaan di kementeriannya di sini, semalam.Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Hishammuddin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri juga akan menentukan bentuk program pendidikan seksualiti yang sesuai dijalankan kementerian atau agensi masing-masing seperti menerusi ceramah, video, rancangan televisyen."Bagi Kementerian Pelajaran, pendidikan seksualiti tidak akan dijadikan satu mata pelajaran khusus tetapi pengisiannya dimasukkan dalam subjek lain seperti Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Moral, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris."Selepas lima tahun, Kementerian Pelajaran akan memperbaharui kurikulum, mempertingkat kemudahan di sekolah dan mengemaskini latihan guru, barulah kita akan memikirkan untuk menjadikan pendidikan seksualiti sebagai subjek khas."Ketika ini, Kementerian Pelajaran perlu mengambil kira penekanan lain kepada guru dan pelajar seperti aspek integrasi nasional, pengenalan subjek bahasa Mandarin dan Tamil, kokurikulum dan sukan, keselamatan jalan raya serta menggalakkan budaya membaca," katanya.Sementara itu, Shahrizat berkata, garis panduan itu sangat penting untuk menyediakan asas kepada golongan muda mengenai perhubungan lelaki dan wanita, perubahan bentuk badan, emosi, sistem reproduktif, hubungan seks, kehamilan, cegah hamil, pengguguran dan penyakit kelamin.Katanya, remaja perlu dimaklumkan mengenai punca berlaku perubahan bentuk badan perempuan, tekanan emosi, HIV/Aids, hak dan tanggungjawab diri, pengurusan kemarahan dan undang-undang yang berkaitan seks serta institusi keluarga.Beliau berkata, program di bawah garis panduan itu diharap dapat mengurangkan gejala sumbang mahram, seks luar nikah, rogol dan jenayah terhadap kanak-kanak serta wanita.Dalam ringkasan garis panduan yang diedarkan kepada media semalam, antara topik yang akan disampaikan di bawah teras kesihatan dan tingkah laku seksual ialah melancap, fantasi seksual, perkongsian tingkah laku seksual, ketidakfungsian seksual dan respon seksual.

Petikan: Berita Harian
------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekolah berjenama pengetua ternama

Sekolah yang berjenema adalah lahir daripada kebolehan pengetua melihat sumber dan potensi yang ada. Bakat kepimpinan dan pengurusan pengetua akan mengarahkan tumpuan tenaga masa dan sumber yang ada kearah penjenamaan yang dipilih

Satu sekolah satu kajian

Setiap tahun sekolah akan dibebani dengan tugasan membuat kajian terhadap sesuatu mata pelajaran. Guru dan panitia perlu mengambil satu ruang waktu untuk menyiapkan kajian, membuat laporan dan membentangkannya dalam satu majlis khas

Wajarkah sekolah dijadikan produk pelancungan

Sekolah adalah sebuah institusi pendidikan. Peranan sekolah adalah memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar menyediakan diri mereka dan keperluan kehidupan lain untuk meneruskan kehidupan dan mewarisi kehidupan dan menerajui dunia kehidupan mereka.

Apabila sekolah dijadikan produk pelancungan dan tempat lawatan maka segala sumber tenaga kewangan, idea dan masa akan digunakan untuk menjayakan projek tersebut.

Thursday, November 17, 2005

Guru Beradab

Bagaimanakah yang dimaksudkan guru beradab?

Guru Bestari Sekolah Bestari

Berapakah bilangan guru yang memahami konsep guru bestari sekolah bestari?

Guru Kena Tukar

Ada kalanya pengetua bagaikan pengurus pasukan bola Kelab di Malaysia. Pemain yang tidak menunjukkan mutu yang baik ditukarkan. Minta pemain baru....

Kebajikan Guru

Siapakah yang mengambil berat kebajikan guru

Guru dan Bilangan Pelajar

Guru-guru tingkatan satu hingga tiga dipertanggungjawabkan dengan bilangan pelajar yang ramai. Ada kelas yang mencecah 38-39 orang. Hal ini berbeza dengan kelas tingkatan 4 dan 5 di sekolah yang sama. Dibezakan pula dengan sekolah berasrama yang kecil bilangan pelajar dalam setiap kelas.

Guru Komputer : satu dilema

Guru yang tahu komputer dilantik sebagai guru penyelaras makmal komputer. Tugas diberikan adalah berat. Masa mengajar 28 waktu seminggu seperti guru lain juga. Ditambah pula dengan tanggungjawab guru ganti 4 waktu seminggu. Tiada sebarang kelebihan. Tiada diberikan pembantu.

Guru lain hanya kata "Beruntunglah duduk dalam bilik aircond...".

Guru VS Pengetua

Ada satu teori daripada seorang pengetua "Pengetua is always right". Suasana ini menggambarkan dimana adanya suasana di sekolah bahawa pengetua tidak suka dicabar dan dikritik. Suasana sebegini mungkin juga menggambarkan bahawa pengetua berada dikedudukan yang sangat tinggi di sekolah.

Keputusan Cemerlang Guru Terkejut

Tanggal 16 Nov 2005.

Keputusan UPSR Cemerlang. Dada-dada akhbar memapar berita gembira buat semua. Khususnya anak-anak yang mengambil peperisksaan UPSR 2005 melonjak. Keputusan bagai diluar jangkaan sekaligus menafikan kritikan-kritikan terhadap kelemahan yang sedia ada.

Ada ibu bapa yang menelefon Media TV yang menyatakan rasa terkejut mereka. Ada seorang pemanggil memberitahu anaknya hanya mendapat 5B dalam percubaan tetapi mendapat 5A dalam UPSR. Ada seorang lagi pemanggil menyatakan anaknya mendapat 4B 1C dalam percubaan juga mendapat 5A dan ganjaran untuk anaknya juga belum ditentukan lagi kerana masih terkejut.

Guru juga hairan sebab anak didiknya tidak pernah mendapat A dalam juga mendapat 5A. Tentu berlaku keajaiban yang perlu difikirkan...

Benarkah bising adalah satu masalah besar sekolah???

Bising..
Mengapa bising..?
Diam...?
Jangan bising?
Tak bolehkan awak buat kerja sendiri .. jangan asyik bising...

Inilah sebahagian daripada suara guru.... apakah faktor yang mendorong index kebisingan sesuatu sekolah itu meningkat ...?

Guru populer

Di sekolah hari ini ada satu trend untuk memberikan gelaran kepada guru tertentu oleh pelajar-pelajar khususnya pada hari guru. Apa kriteria yang dinilai tidaklah diketahui. Bagi saya yang melihat dari luar mendapati guru popular adalah guru ...

  • yang banyak menglibatkan diri dengan aktiviti bersama pelajar
  • yang mengingati nama pelajarnya dan selalu menyebut nama mereka

Guru asyik kira duit

Satu kenyataan yang keterlaluan telah dilafazkan oleh seorang pemanggil di TV1 pada 17 Nov 2005 dalam rancangan "Selamat Pagi Malaysia". Beliau mengatakan guru sekarang asyik mengira duit tidak seperti dahulu.

Bagi saya sumbangan guru dahulu ada nilainya. Sumbangan guru sekarang juga ada harganya. Adalah tidak adil membuat perbandingan guru dahulu dengan guru sekarang dengan menggunakan kayu sukatan dan alat penimbangan dahulu. Seperti mana kita juga tidak boleh membuat perbandingan pelajar dahulu dengan pelajar sekarang.

Sudah pasti keperluan guru dan pendidikan dahulu adalah menepati keperluan dan cabaran bangsa dan negara masa itu. Keperluan guru dan pendidikan masa kini juga harus menepati dengan keperluan masa kini dan menghadapi cabaran masa akan datang. Apa lagi jika kita ingin meletakkan pendidikan negara kita bertaraf dunia.

Guru Bukan Kerjaya Biasa

Guru bukanlah suatu jawatan biasa. Guru tidak seperti kerani atau pegawai tadbir biasa. Guru memerlukan masa untuk membuat persediaan mengajar. Menghadapi kemungkinan telatah pelajar yang berbeza-beza dan sukar diramal. Guru perlu membimbing pelajar-pelajarnya dalam segala hal. Mendidik mereka dengan akhlaq dan displin yang tinggi. Guru perlu menghabiskan tugasnya diluar waktu kerja walaupun tidak di bayar gaji.