Pages

Sunday, September 24, 2006

Masalah data di Sekolah

Jumaat 15 September 2006

Utusan Malaysia

Satu rencana memfokuskan masalah pengurusan data sekolah telah dikemukakan oleh seorang penulis dan Prof Madya iaitu Mariah Lambak dan Prof Madya Dr. Zawiyah Mohammad Yusof. Beliau telah membuat satu tinjauan dan merumus beberapa perkara penting berkaitan isu pengurusan data sekolah.

Saturday, September 02, 2006

Bajet 2006 Penyuntik Semangat

Belanjawan yang baru telah pun dibentangkan pada 1.9.2006 hari Jumaat yang lalu. Fokus diberikan kepada memberi ruang dan keupayaan yang lebih dalam dua sektor yang utama iaitu pendidikan dan pertanian. PM telah mengumumkan dua insentif utama iaitu penarikan yuran peperiksaan awam dan perlepasan cukai bagi ibu bapa yang sedang menanggung anak melanjutkan pelajaran di IPT. Sektor pertanian pula mendapat 3.6 billion untuk belanja mengurus dan memasarkan produk pertanian.

Mudahan-mudahan insentif di atas memberikan peluang yang lebih luas kepada seluruh rakyat untuk membaiki taraf hidup melalui pendidikan dan sektor pertanian. PM pernah menyatakan di sinilah peluang kita untuk membaiki taraf hidup dan mengatasi masalah kemiskinan orang Melayu khususnya dan rakyat pada amnya.

Thursday, July 20, 2006

100 000 Pelajar Buta 3M

Hari ini jurucakap daripada kementerian pelajaran Malaysia menyatakan bahawa terdapat 100 000 pelajar daripada 3 juta pelajar sekolah rendah yang buta 3M. Kementerian juga mengakui bahawa disekolah-sekolah berkenaan sudah terdapat guru-guru pemulihan.

Ini merupakan satu lagi penyakit yang masih menular dan tidak dapat dibasmi sepenuhnya atau pun berkurangan kepada satu tahap yang minimum.

Sumber : Utusan Malaysia
-----------------------------------------------------------------

Marilah kita memberikan pandangan. Apakah punca-punca berlaku dan bagaimanakan tindakan yang perlu diambil peranan oleh pelbagai pihak.

Sunday, May 14, 2006

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua guru dan bekas guru.

Guru Bestari Pemangkin Kecemerlangan.

Hari guru akan terus diraikan setiap tahun. Tema-tema dan slogan-slogan yang begitu indah akan terus untuk dicari untuk dinyalakan pada lilin hari guru. Tapi mungkinkah ia akan padam dan hilang bersama hilangnya lilin dan kek hari guru.

Apakah martabat guru akan dijulang dan apakah maruah guru akan terpelihara? Apakah kerjaya guru akan dihormati dan apakah sumbangan guru dan jasa guru mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Generasi hari ini tidak melupakan artis-artis dan memberikan sanjungan di mata masyarakat dengan pelbagai gelaran dan anugerah lantaran mereka telah menjadi penghibur dan dianggap berjasa kerana menghibur semua peringkat manusia tidak mengira bangsa. Tetapi sudah memadaikah pandangan, perhatian, simpati dan perlindungan diberikan kepada guru-guru yang mendidik anak bangsa.

Apa komen anda?

Wednesday, April 26, 2006

Mesin Uji Dadah untuk Guru dan Pelajar

Guru wajib ujian dadah -- Jalani pemeriksaan guna mesin pengimbas mata mulai Mei
Oleh ARSHAD KHAN dan ALI MAHMOOD
KUANTAN 26 April - Semua guru sekolah menengah di seluruh negara diarah menjalani pemeriksaan dadah menggunakan mesin pengimbas mata canggih bermula bulan depan bagi memastikan mereka bebas dadah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, selain para pelajar yang diwajibkan berbuat demikian, guru-guru juga tidak terkecuali menjalani ujian mengesan dadah itu.
``Maaflah, guru juga akan diperiksa (menggunakan mesin pengimbas mata), tetapi mereka tidak perlu risau, kalau tidak buat apa-apa, tidak mengapa,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Pusat Sumber Pendidikan Negeri Peringkat Kebangsaan 2006 di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.
Noh menyifatkan pemeriksaan melalui alat pengimbas mata yang akan dilalui oleh guru-guru itu umpama `pemeriksaan mata di kedai cermin mata sahaja.'
Menurutnya, guru-guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid sebagai tanda mereka adalah seorang pendidik yang boleh diteladani.
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bentuk tindakan yang bakal diambil ke atas golongan guru yang didapati terbabit dalam penagihan dadah.
Awal bulan ini, Noh memberitahu, tiga juta pelajar sekolah menengah akan menjalani pemeriksaan dadah menggunakan alatan baru itu.
Katanya, mesin berkenaan mampu mengesan dadah yang diambil dalam tempoh 24 jam dan hasilnya boleh diketahui dalam tempoh dua minit selepas pemeriksaan mata.
Beliau memberitahu, projek perintis ujian menggunakan mesin tersebut akan dijalankan ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur bulan depan.
Mesin pengimbas mata tersebut berharga kira-kira RM200,000 dan boleh beroperasi secara bergerak.
---------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Utusan Online. 26 April 2006
---------------------------------------------------------------------------------


Saya masih ternanti-nanti satu mekanisma baru atau satu suntikan baru bagi menjayakan atau mengubah tempo pendidikan negara ini. Tapi apa yang datang kepada guru-guru dan dunia pendidikan Malaysia ialah bagaikan pasaran terbuka untuk memperkenalkan barangan atau produk masing-masing. Atas nama ICT, Bestari dan ITEM sekolah-sekolah menjadi pasaran besar untuk melariskan produk IT dan mendapatkan keuntungan segera. Kini mesin pengimbas mata pula. Maka ada yang kaya tetapi pendidikan kita apa untungnya. Kalaulah sejumlah belanja itu nanti digunakan untuk memperkemaskan dan ..........

Apa komen anda?

Monday, April 17, 2006

210 Guru dianugerahkan pengetua cemerlang

Tahniah kepada warga pendidik yang telah berjaya menyahut seruan kerajaan 'Cemerlang , Gemilang dan Terbilang'. Antara yang berjaya bekas guru saya waktu di tingkatan 6 SMKEVII.
Saya dapat merasakan bahawa ia begitu berjaya membentangkan dokumen yang sukar untuk dipertikaikan.

Sekolah beliau pun telah dinobatkan sebagai sekolah selamat dan sekolah harapan negara.