Pages

Wednesday, April 26, 2006

Mesin Uji Dadah untuk Guru dan Pelajar

Guru wajib ujian dadah -- Jalani pemeriksaan guna mesin pengimbas mata mulai Mei
Oleh ARSHAD KHAN dan ALI MAHMOOD
KUANTAN 26 April - Semua guru sekolah menengah di seluruh negara diarah menjalani pemeriksaan dadah menggunakan mesin pengimbas mata canggih bermula bulan depan bagi memastikan mereka bebas dadah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, selain para pelajar yang diwajibkan berbuat demikian, guru-guru juga tidak terkecuali menjalani ujian mengesan dadah itu.
``Maaflah, guru juga akan diperiksa (menggunakan mesin pengimbas mata), tetapi mereka tidak perlu risau, kalau tidak buat apa-apa, tidak mengapa,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Pusat Sumber Pendidikan Negeri Peringkat Kebangsaan 2006 di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.
Noh menyifatkan pemeriksaan melalui alat pengimbas mata yang akan dilalui oleh guru-guru itu umpama `pemeriksaan mata di kedai cermin mata sahaja.'
Menurutnya, guru-guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid sebagai tanda mereka adalah seorang pendidik yang boleh diteladani.
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bentuk tindakan yang bakal diambil ke atas golongan guru yang didapati terbabit dalam penagihan dadah.
Awal bulan ini, Noh memberitahu, tiga juta pelajar sekolah menengah akan menjalani pemeriksaan dadah menggunakan alatan baru itu.
Katanya, mesin berkenaan mampu mengesan dadah yang diambil dalam tempoh 24 jam dan hasilnya boleh diketahui dalam tempoh dua minit selepas pemeriksaan mata.
Beliau memberitahu, projek perintis ujian menggunakan mesin tersebut akan dijalankan ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur bulan depan.
Mesin pengimbas mata tersebut berharga kira-kira RM200,000 dan boleh beroperasi secara bergerak.
---------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Utusan Online. 26 April 2006
---------------------------------------------------------------------------------


Saya masih ternanti-nanti satu mekanisma baru atau satu suntikan baru bagi menjayakan atau mengubah tempo pendidikan negara ini. Tapi apa yang datang kepada guru-guru dan dunia pendidikan Malaysia ialah bagaikan pasaran terbuka untuk memperkenalkan barangan atau produk masing-masing. Atas nama ICT, Bestari dan ITEM sekolah-sekolah menjadi pasaran besar untuk melariskan produk IT dan mendapatkan keuntungan segera. Kini mesin pengimbas mata pula. Maka ada yang kaya tetapi pendidikan kita apa untungnya. Kalaulah sejumlah belanja itu nanti digunakan untuk memperkemaskan dan ..........

Apa komen anda?

Monday, April 17, 2006

210 Guru dianugerahkan pengetua cemerlang

Tahniah kepada warga pendidik yang telah berjaya menyahut seruan kerajaan 'Cemerlang , Gemilang dan Terbilang'. Antara yang berjaya bekas guru saya waktu di tingkatan 6 SMKEVII.
Saya dapat merasakan bahawa ia begitu berjaya membentangkan dokumen yang sukar untuk dipertikaikan.

Sekolah beliau pun telah dinobatkan sebagai sekolah selamat dan sekolah harapan negara.