Pages

Wednesday, October 29, 2008

Apa Masalah Guru KH?

Benarkah guru-guru KHB (Kemahiran Hidup Bersepadu) ada masalah?

  • Beberapa orang guru KHB memaklumkan bahawa satu masa KHB telah berikan kepada pelajaran sivik.
  • Masa tinggal tiga waktu sahaja sedangkan kandungan sukatan sama sahaja. Ditambah pula dengan mengendalikan dan menguruskan kerja kursus
  • Kerja kursus KHB tingkatan dua banyak dan terlalu membebankan
  • Guru KHB diberi tanggung jawab sebagai guru kelas
  • Tiada pembantu makmal/bengkel

Tuesday, May 20, 2008

Selamat Hari Guru 2008

Tanggal 16 Mei masih disambut sebagai hari guru. Profession guru adalah satu ruang masa untuk individu bergelar guru merasai penghargaan daripada pelbagai pihak. Guru akan terus bertanggung jawab menjadi insan-insan sebagai individu yang berguna untuk membangunkan jiwa dan kemanusiaan dan membangunkan negara tempat mereka bernaung.

Guru yang membangunkan jiwa manusia kepada Penciptanya akan mendapat penghargaan dan ganjaran sewajarnya di akhirat. Guru yang hanya mengejar pangkat dan pujian semata-mata akan juga mendapat sebahagian ganjaran duniawi

Selamat Hari Guru.

---------------------------------------------------------

Aku bukanlah guru yang terbaik. Tapi akan ku cuba memberikan yang baik dan terbaik kepada murid-muridku