Pages

Tuesday, November 09, 2010

Sispa ooo Sispa !!!!


Apa dah jadi dengan 'SISPA'. Saya bersama-sama rakan lain diberi taklimat sebelum peperiksaan akhir tahun bahawa suatu berita gembira buat semua guru di Larut Matang Selama. Segala pengurusan markah peperiksaan akan dibuat secara online. Guru-guru diberi amaran jika berlaku kelewatan mengisi markah kena jawab sendiri kepada Jabatan. Tetapi kini apa yang berlaku... Jabatan kena jawab pula. Mengapa begitu payah dan sukarnya untuk akses SISPA.

Keputusan peperiksaan sepatutnya sudah boleh dikeluarkan dan kedudukan pelajar dan pengagihan kelas dan buku teks sepatutnya boleh dilakukan semuanya sudah kelam kabut dan tertangguh... mengapa oh mengapa?

Saturday, October 30, 2010

Guru perlu mengikhlaskan diri

Pada suatu hari ketika aku mengajar aku melihat seorang guru yang bersama-sama beberapa orang pelajarnya. Beliau membimbing pelajar-pelajarnya yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi. Beliau masih berada disekolah walaupun waktu mengajarnya sudah tamat. Sepatutnya beliau juga pulang kerumah seperti rakan-rakan yang lain juga. Sebahagian besar rakan-rakan lain bergegas pulang setelah loceng masa akhir kedengaran. Apa sebab beliau masih berada disekolah? Mungkin ada jawapan tertentu, mudah-mudahan beliau ikhlas.

Beliau pernah koma lebih dua minggu, ada yang menjangkakan beliau tidak punya harapan untuk hidup lagi. Mungkin ini peluang kedua untuknya beramal dengan ikhlas sebelum peluang seperti ini sudah tiada lagi. Mungkinkah kita menunggu amaran atau peluang kedua dari Allah?

Saturday, October 16, 2010

Guru berperanan besar !!!

'Guru perlu bantu kerajaan'


2010/10/17

KUALA LUMPUR: Matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembentukan insan secara holistik hanya dapat dicapai melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang akan menghasilkan modal insan berilmu, kreatif, inovatif, berketrampilan serta berupaya memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara.

Petikan Berita Harian Online

Berita Mengembirakan Bujet 2010?

Suatu perkara yang patut sebahagian guru gembira adalah berakhirnya PTK. PTK bermula dengan sejarah yang tidak berapa elok kerana dalam satu daerah hanya 2 atau 3 orang guru yang lulus. Keputusan itu mengambarkan kepada umum seoalah-olah para guru tidak memahami bidang tugas masing-masing. Setelah adanya rungutan dan rayuan maka semakan semula telah diadakan. Akhirnya PTK mengalami beberapa proses perubahan demi perubahan. Kini berakhirlah semuanya itu. Akan bermula sesuatu yang baru yang belum kita semua tahu. Bagaimanakah ia akan bermula.

Ada rakan yang menceritakan tentang rakan persekolahannya di Jabatan lain dengan gred gaji yang sama telah ada bilik sendiri berhawa dingin dan ada pemandu pula. Nasib guru memang lain . Bilik guru padat dan sendat ada yang tidak dapat tempat dalam bilik guru terpaksa menumpang bengkel dan bilik-bilik khas. Kerusi dan meja guru dalam kelas sudah patah dan terkopak disana-sini.

Buat penawar hati duka itu diberilah imbuhan khas RM500. Guru patut syukur. Semestinyalah kerana guru adalah guru. Kalau RM2000 diberi guru pasti lebih gembira. Guru-guru jangan minta lebih, sebab guru adalah guru.

Tuesday, May 25, 2010

PTK kembali lagi

Peluang untuk menduduki kerusi PTK akan kembali lagi. Ditengah kesibukan akhir penggal menyedia soalan dan memeriksaan kertas perperiksaan anak didik, guru-guru akan berhadapan dengan PTK. Ada juga rakan guru yang sudah putus asa, mereka sanggup menulis alasan tidak ada harapan lagi dan seumpamanya. Mungkin kerana mereka menganggap PTK begitu sukar dan peluang amat tipis. Apa tidaknya, ada antara mereka sudah lulus sarjana muda dan lulus pula sarjana tetapi masih tidak lulus cemerlang PTK walaupun mereka telah lebih 3 kali mengambil ujian tersebut.

Ada juga rakan guru yang mula menggelarkan diri mereka 'Slow Learner'. Mungkinkah PTK kali ini adalah yang terakhir buat kita juga ......?

Tuesday, May 18, 2010

Berita Germbira buat Guru ....

Jawatankuasa khas mengkaji beban kerja guru mencadangkan 40 perkara untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah beban kerja guru. Antaranya cadangan mengujudkan kelas 25 orang pelajar sahaja untuk membolehkan guru memberikan tumpuan kepada P&P.

Bilakah agaknya ia terlaksana ...... Jangan seperti perkara-perkara lain juga . kewangan jugalah akan menjadi penentu dan juga halangan ...

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Guru buat Semua Guru ...

Diucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru dan bekas guru di mana saja berada.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA".

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Wednesday, April 21, 2010

Guru dikhianati pelajar



Beberapa dada akhbar utama pada 14 April 2010 (Rabu) memaparkan beberapa gambar kereta guru yang disimbah cat dan dipecahkan ecermin. Ini mengambarkan segelintir pelajar hari ini bukan sahaja tidak hormat guru mereka bahkan sanggup melakukan apa jua yang memuaskan hati mereka

Perbanyakkan Kem Amali Solat

Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru agama Islam seluruh negara yang telah menjalankan dan menjayakan Kem Amali Solat untuk pelajar-pelajar. Walaupun saya bukanlah guru agama Islam namun apa yang telah dijalankan disekolah saya amat menarik minat saya. Saya merasakan program sebegini amat penting dan berguna.

Saya menyarankan program seperti ini hendaklah diperluaskan kepada lebih ramai pelajar. Kepatuhan terhadap ibadah solat dan penghayatannya akan membentuk dan menjadikan lebih ramai insan yang berkualiti.

Friday, April 02, 2010

Makmal nilai pencapaian guru diwujud

Kementerian Pelajaran mewujudkan sebuah lagi makmal bagi menilai tahap pencapaian guru bertujuan memastikan proses kenaikan pangkat guru dapat dibuat dengan lebih telus. adil dan saksama sebagai usaha memartabatkan lagi profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia juga dibuat bagi memastikan tidak ada lagi guru yang sepatutnya mendapat kenaikan kerana cemerlang dalam perkhidmatan terlepas pandang hanya kerana mereka mengajar di pedalaman.

Thursday, April 01, 2010

Seksa jadi Guru

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan guru. Muhyiddin.

Begitulah tajuk utama pilihan Berita Harian, 1 April 2010. Paparan muka hadapan memberi gambaran kerjaya dan profession guru sedang alami keadaan yang tidak menggembirakan. Guru dikatakan tidak dapat memberi tumpuan kepada P&P. Masa begitu terhad sedangkan tugas guru semakin bertambah.

Saya sendiri lebih suka agar pejabat sekolah membuka kaunter pembayaran yuran. Terdapat staf pejabat yang menggunakan masa untuk melayari internet dan menonton TV Online. Apalagi kalau dah menggila cerita bersiri daripada Korea..

Ikuti komen2 berkaitan isu beban tugas guru ..Isu Beban Tugas Guru

Wednesday, March 24, 2010

Menunjukan jasa ... bukannya bodek

Ada pendapat seorang guru lama. Katanya adakalanya kita mesti memberitahu apa yang akan kita buat atau apa yang telah kita buat. Sehingga kalau boleh kita libatkan pengetua atau salah seorang daripada pentadbir.

Biarlah kita dapat sedikit penghargaan....katanya lagi.

Apa pendapat anda?

Bila guru jadi mangsa ......

Apabila guru menjadi mangsa keadaan. ....lazimnya guru dipersalahkan dan tiada siapa tampil membela. Cerita seperti gambar di atas meskipun cerita lama, ia mungkin berulang atau akan terjadi yang lain pula tetapi nasibnya sama.

Bila guru kemalangan ketika membawa pelajar keluar menjalankan aktiviti apakah pembelaan yang bakal diperolehi guru.