Pages

Saturday, October 30, 2010

Guru perlu mengikhlaskan diri

Pada suatu hari ketika aku mengajar aku melihat seorang guru yang bersama-sama beberapa orang pelajarnya. Beliau membimbing pelajar-pelajarnya yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi. Beliau masih berada disekolah walaupun waktu mengajarnya sudah tamat. Sepatutnya beliau juga pulang kerumah seperti rakan-rakan yang lain juga. Sebahagian besar rakan-rakan lain bergegas pulang setelah loceng masa akhir kedengaran. Apa sebab beliau masih berada disekolah? Mungkin ada jawapan tertentu, mudah-mudahan beliau ikhlas.

Beliau pernah koma lebih dua minggu, ada yang menjangkakan beliau tidak punya harapan untuk hidup lagi. Mungkin ini peluang kedua untuknya beramal dengan ikhlas sebelum peluang seperti ini sudah tiada lagi. Mungkinkah kita menunggu amaran atau peluang kedua dari Allah?

Saturday, October 16, 2010

Guru berperanan besar !!!

'Guru perlu bantu kerajaan'


2010/10/17

KUALA LUMPUR: Matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembentukan insan secara holistik hanya dapat dicapai melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang akan menghasilkan modal insan berilmu, kreatif, inovatif, berketrampilan serta berupaya memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara.

Petikan Berita Harian Online

Berita Mengembirakan Bujet 2010?

Suatu perkara yang patut sebahagian guru gembira adalah berakhirnya PTK. PTK bermula dengan sejarah yang tidak berapa elok kerana dalam satu daerah hanya 2 atau 3 orang guru yang lulus. Keputusan itu mengambarkan kepada umum seoalah-olah para guru tidak memahami bidang tugas masing-masing. Setelah adanya rungutan dan rayuan maka semakan semula telah diadakan. Akhirnya PTK mengalami beberapa proses perubahan demi perubahan. Kini berakhirlah semuanya itu. Akan bermula sesuatu yang baru yang belum kita semua tahu. Bagaimanakah ia akan bermula.

Ada rakan yang menceritakan tentang rakan persekolahannya di Jabatan lain dengan gred gaji yang sama telah ada bilik sendiri berhawa dingin dan ada pemandu pula. Nasib guru memang lain . Bilik guru padat dan sendat ada yang tidak dapat tempat dalam bilik guru terpaksa menumpang bengkel dan bilik-bilik khas. Kerusi dan meja guru dalam kelas sudah patah dan terkopak disana-sini.

Buat penawar hati duka itu diberilah imbuhan khas RM500. Guru patut syukur. Semestinyalah kerana guru adalah guru. Kalau RM2000 diberi guru pasti lebih gembira. Guru-guru jangan minta lebih, sebab guru adalah guru.