Pages

Monday, May 23, 2011

Hendak berhenti atau terus menjadi guru?

Sekitar tahun 1996-1998 dahulu ramai anak murid yang menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk menjadi guru. Antara sebab utama gajinya terlalu kecil. Mereka lebih memilih bekerja disektor pekilangan yang menjanjikan tawaran gaji yang lumayan. Kini guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam profession ini mula memikirkan ingin saja berhenti menjadi guru kerana beban kerja yang amat bertambah. Janji untuk mengembalikan tugas utama guru ditempat yang betul belum lagi terlaksana.

Kita ni guru ke atau kerani?????

Berapa banyak borang, dokumen dan surat yang perlu diuruskan guru setiap hari????

Berapa lama lagi masa yang perlu diambil guru didepan PC atau Laptop untuk menyediakan data, laporan dan maklumat untuk pihak lain???

Tuesday, May 17, 2011

Biarlah semua .....biarlah menyeluruh.

Jika berita baik ...biarlah untuk semua guru. Sekolah mesti bergerak bagai satu pasukan. Tidak mungkin hanya teraju atau sayap sahaja diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab. Setiap guru ada peranan untuk menjayakan program sekolah.

Saya juga menyokong saranan NUTP agar biarlah berita gembira untuk semua guru.

Monday, May 16, 2011

Berita gembira buat guru yang ada pangkat..

Tanda perihatin ..guru-guru yang sedia ada pangkat diberi kemudahan diperluaskan lagi peluang. Syukur. Tapi bagai mana nasib guru-guru biasa, bagaimana janji membantu mengurangkan beban tugas guru setahun lalu.

Berilah peluang dan masa untuk mendampingi pelajar, mengenali mereka dengan lebih mendalam dan memahami masalah dan membimbing mereka. Pendidikan kini masih menekankan soal peperiksaan tapi abaikan jiwa anak-anak. Segala figura berkaitan perperiksaan terlalu diberatkan.
Terbaru guru dibebankan dengan analisis item . Satu persatu jawapan pelajar diberatkan. Sedangkan soalan diambil dari pelbagai sumber dan bukan dari bank soalan.

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru yang suram...

Hari ini hujan..cuaca agak sejuk. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah, bukan kerana hujan, tetapi kerana minggu lepas diumumkan 16 Mei adalah hadir biasa P&P berjalan seperti biasa. Cuma ada perhimpunan khas untuk membaca watikah dan perutusan sahaja. Perak agak terkehadapan.

Kelas saya 6 orang saja yang hadir. Mengapa? Hanya pelajar saja yang dapat memberikan jawapannya. Sehingga ini belum terdengar berita baik buat semua guru. Cuma berita pagi ini hanya menyebut guru besar/pengetua cemerlang akan mendapat RM7000 dan guru akan mendapat tidak kurang dari RM1800.

Apa pun Selamat Hari Guru buat semua guru

Saturday, May 14, 2011

Disarankan sempena Hari Guru Tahun 2010

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sehingga hari ini belum dapat dilihat sebarang hasil dan kesannya terhadap guru. Bahkan guru semakin bertambah kerja. Kerja manual masih wajib dan kerja digital pun kena buat. Sebagai contoh :

  1. Maklumat Murid
    • Kena direkodkan dalam buku besar pendataran pelajar
    • Kena direkodkan dalam buku kedatangan
    • Kena direkodkan dalam kad 001
    • Kena direkodkan dalam SSM
    • Kena direkodkan dalam BBM
    • Kena direkodkan dalam fail KOKO
  2. Maklumat ujian dan peperiksaan
    • Kena direkodkan dalam buku ringkasan mengajar
    • Kena direkodkan dalam borang TOV
    • Kena direkodkan dalam ISIS (Sistem maklumat peperiksaan dalaman)
    • Kena direkodkan dalam SISPA/SASP (Sistem maklumat peperiksaan online)
    • Kena direkodkan dalam borang analisis item
    Bilakah beban guru akan berkurangan?
    Bilakah janji akan dikotakakan?
    Bilakah guru akan dapat menjadi rakan pendamping kepada murid?
    BILAKAH??????

Guru bukan malaikat ..


Satu insiden yang terpencil, tapi cukup menyedikan. Jangan ada lagi kes seperti ini yang cukup mencalar imej guru. Dizaman dahulu pun ada ulama besar jatuh dalam perangkap syaitan, apa lagi hari ini guru pun terdedah kepada kemajuan teknologi digital dan internet. Segala kecurangan mudah berlaku.

Guru kena ingat mereka dibekalkan dengan nafsu syahwat, akal dan iman. Jika iman kuat pun apabila terdedah dalam situasi kritikal ramai yang kecundang. Jangan lagi maruah guru dicemarkan.

Apakah bentuk perlindungan yang ada untuk guru?

Apa yang dimaklumkan kepada semua guru-guru segala pertembungan murid , ibu bapa dan penjaga murid dengan guru tidak akan memihak kepada guru. Jabatan tidak mempertahankan guru dan memberi perlindungan . Akibatnya guru-guru yang terbabit terpakasa bersendirian dan bila di bawa kemuka pengadilan terpakasa membayar segala tuntutan oleh pihak murid.

Kami dimaklumkan ada guru yang terpaksa jual kereta. Ada guru yang terpakasa membayar RM5000 kerana kesan 5 jari dipipi muridnya. Ada guru yang membayar RM500 kerana kesan di belakang murid berkenaan.

Antara lain guru diberi peringatan tegas apabila berhadapan dengan masalah salah laku pelajar :

tidak boleh ....
  • menyentuh fizikal murid dengan kaki dan tangan
  • tidak boleh menggunakan sebarang alat lain untuk menyentuh pelajar
  • menyentuk isu kaum, agama dan perkara yang sensitif
yang dibolehkan ...
  • merotan pelajar bagi guru-guru yang telah diperturunkan kuasa merotan oleh pengetua
  • menasihati pelajar
dengan ringkas guru hanya boleh menggunakan suara.....dan mempelbagaikan teknik melontar vokal masing-masing.

Diingatkan juga guru tidak boleh mengejar pelajar...ditakuti pelajar terjatuh dan cedera.....guru akan disabitkan juga.

Sayangnya pengetua yang ada kuasa merotan pun sekarang mengambil jalan selamat tidak merotan, sebaliknya menurunkan kuasa kepada guru disiplin atau guru penolong kanan.

Sunday, May 01, 2011

Guru Malaysia

Guru-guru Malaysia yang telah banyak menunjukkan jasanya. Diawal merdeka guru-guru menjadi agen utama membekalkan generasi baru untuk mewarisi kemerdekaan. Sebelum generasi ini datang sebagai jurutera, ahli perubatan, pentadbir awam ahli politik dan tokoh koperat mereka semua telah datang kepada guru dan menimba ilmu daripada guru.

Bulan Mei akan tiba masa jasa-jasa guru dikenang , dicanang dan dideklamasikan oleh pelbagai pihak. Akan tiba jua tokoh-tokoh masyarakat meminta guru membuat itu dan ini, melebihkan itu dan ini, menyarankan pelbagai perkara.

Guru sebagai pemudah cara

Dizaman dahulu semua bahan ilmu perlu disalin oleh pelajar ke dalam buku masing-masing sebagai satu cara penting proses pemindahan ilmu. Hari ini proses tersebut telah menjadi lebih mudah lagi dengan terdapatnya mesin fotostat , komputer (cut & paste) dan internet (searching). Pelajar akan mendapatkan bahan seperti hidangan yang telah siap dimeja. Tulisan tidak lagi menjadi sesuatu yang penting lagi malah pergerakan guru lebih tertumpu di meja guru, laptop dan projektor LCD. Guru tidak lagi memiliki masa dan ruang untuk bergerak mendekati pelajarnya. Guru juga harus segera menurunkan segala bahan mengikut sukatan yang tersangat padat.

Kami guru Malaysia

Guru Lelaki Bagaikan Spesis yang Terancam

Fenomena ini mungkin akan berterusan atau menjadi lebih parah. Sebelum ini kerajaan memberikan alasan bahawa sukar untuk mendapat calon guru lelaki kerana perbezaan prestasi akedemik begitu ketara. Dalam minggu ini pula Harian Metro mendedahkan bilangan calon guru lelaki yang datang untuk menghadiri temuduga terlalu sedikit.

Kata guru tua dan guru muda.

Al kisah disebuah sekolah seorang pengetua selepas berbincang dengan seorang kaunselor tetntang pelbagai perkara yang perlu dilakukan dan jabatan meminta bermacam-macam perkara. Tak kurang kementerian pula menggariskan pelbagai had-had yang mesti sekolah patuhi dan mengumumkan pelbagai pelan dan dasar baru. Semua itu sudah tentu untuk memertabatkan dunia pendidikan. Mereka pun mengeluh juga tapi senada mengatakan hanya perlu bersabar untuk sedikit masa lagi. Kerana mereka dua tahun lagi akan meninggalkan sekolah....pencen.

Beberapa guru muda yang mula berada disitu juga menyuarakan keluhan banyaknya bebanan kerja dari hari-ke hari. Sedangkan insentif dan kebajikan yang disediakan untuk guru amat sedikit. Mereka bandingkan rakan-rakan mereka di jabatan lain menikmati pelbagai kemudahan dalam tangga gred gaji yang sama. Bahkan kata mereka ada yang mempunyai bilik sendiri dan ada pemandu pula. Tapi mereka perlu bersabar dan bersabar kerana mereka akan berada di sekolah lama lagi...

Thursday, April 28, 2011

Apakah kuasa yang ada untuk menangani disiplin?

Jika berlaku masalah disiplin pelajar bagaimana menanganinya? Guru-guru pada amnya tidak mempunyai kuasa selaian bercakap dan memberi arahan. Tapi sayangnya pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak mengendahkan apa yang disampaikan dan diarahkan guru.