Pages

Monday, May 28, 2012

Kenapa Penolong Kanan Petang ditinggalkan


Memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Mei 2011 sempena Sambutan Hari Guru: “Kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan daripada DG44 kepada DG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan Pengetua dan Penolong Kanan. Insya-Allah kenaikan ini akan menambahkan minat guru untuk memegang kedua-dua jawatan yang amat penting dalam kepimpinan sekolah”.
Pengumuman ini semestinya amat melegakan barisan pentadbiran sekolah yang dipimpin oleh pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan penolong kanan petang (PKP) bagi sekolah yang ada sesi petang.

Setelah hampir setahun menunggu, berita yang menggembirakan itu rupa-rupanya menjadi kejutan apabila barisan PKP tidak tersenarai dalam pengiktirafan di atas. PKP yang selama ini berada dalam gred perjawatan yang sama dengan penolong kanan (PK) tidak menerima kenaikan gred tanpa ada pihak yang tampil memberi penjelasan tentang pengecualian itu.