Pages

Monday, November 02, 2009

Pelajar jadi mangsa .......

KAMPAR, 27 Okt (Bernama) -- Seorang murid lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Sembilan belas lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang, selamat, kata polis.

Mayat murid yeng lemas itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.30 pagi berhampiran loji sungai terbabit.

Murid itu dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.

Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.
--BERNAMA


Tahniah guru disiplin!!!

Saya bukan guru disiplin yang ada kuasa. Guru seperti saya adalah pembantu kepada guru-guru disiplin yang ada di sekolah. Saya ingin mengucapkan perhargaan kepada guru-guru disiplin yang dilantik oleh pihak sekolah dan diperturunkan kuasa untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar.

Pelajar-pelajar bermasalah sering mencabar guru-guru dengan kata-kata dan tingkah laku. Mereka menyimpan dendam kepada guru-guru yang mengambil tindakan ke atas salah laku mereka. Biarpun tiada perlindungan sebenarnya mereka sanggup berhadapan dengan pelajar samseng, ibu bapa yang tidak usul periksa dan pihak atasan yang cuba berlepas diri bila berlaku
tindakan guru tersebut disalah erti dan dipertikaikan pula.

Sunday, November 01, 2009

Apa yang kurang dan apa yang tempang?

Falsafah pendidikan Negara cukup indah dan impian terbaik untuk membina negara bangsa. Namun apabila proses pendidikan berjalan dan hasil-hasil yang diperolehi masih kelihatan cacat dan kurang.
Dapatkah kita menerima kes-kes jenayah dikalangan pelajar sebagai terpencil, atau peratusnya amat kecil dan masih terkawal?

Jangan bagaikan kita mendapat kudis buta dikaki, lalu kita berkata baru dikaki dan jauh dari perut. Tapi kalau dibiar habis seluruh badan bergaru dan penuh kudis.

30% pelajar Kelantan buta huruf?

Suatu kenyataan berita TV pagi ini menyebutkan bahawa 30% pelajar di Kelantan buta huruf. Namun yang jelas mereka tidak menyatakan daripada punca mana fakta tersebut diperolehi.

Apakah ada kebenarannya?

Benarkah PTK beri peluang kepada guru?

Seorang rakan O dapat keputusan IV semasa gred DG29, Guru wanita S dapat IV semasa gred DG32 dan seorang guru lelaki M dapat keputusan IV semasa gred DG 32. Tetapi semua tidak bermakna kerana mereka lebih awal mendapat tawaran ke gred 41. Jadi semua itu hanyalah untuk keseronokkan sahaja. Baru-baru ini seorang guru wanita Z dapat IV semasa gred DG41, beliau bagaimanapun kecewa kerana dia telah di tawarkan DG44. Beliau kata saja mereka nak bagi dan dia mengaku tak baca apa-apa pun. Jadi keputusan itu semacam anugerah sahaja. Tetapi jelas tiada makna dari segi anjakan gaji.

Friday, August 21, 2009

Belajar bila semua tersedia

Ingin saya berkongsi pengalaman mengajar dengan rakan semua. Saya mendapati ramai pelajar khususnya dikelas-kelas yang hujung segaja tidak membuat sebarang persediaan untuk belajar. Terjadilah guru ingin mengajar murid enggan belajar. Golongan ini sengaja datang lambat, tidak membawa buku teks, tidak membawa buku tulis, tidak membawa alatan tulis (pen, pensil dan sebagainya). Mereka lebih rela didenda. Jika dendaan itu melangkaui waktu lagi mereka suka. Ada guru lain yang didenda berdiri di pejabat dan dibilik guru. Dendaan sedemikian tetap tidak mengisafkan mereka. Maka saya mengambil inisiatif menyediakan warna , pensil dan kertas dalam subjek lukisan. Begitulah juga dengan subjek lain sediakan buku rujukan atau kertas dan pen untuk memaksa mereka menulis sesuatu.

Beg yang mereka bawa ke sekolah terlalu kecil. Mungkin kerana kita sudah maju dan mewah.
Bagaimanakah agak untuk memberikan kesedaran lalu mereka boleh merubah cara berfikir dan bertindak.

Selamat Menghadapi PTK

Selamat bersedia dan menghadapi peperiksaan PTK. Saya juga tidak terkecuali seperti rakan-rakan guru sekelian. Ramai yang masih berjuang untuk lulus dan menerima pergerakkan gaji serta mendapat kenaikan pangkat. Ramai yang masih beranggapan sebaik mana persediaan kita sebagai guru sudah pasti peluang akan dibatasi kuota yang disediakan.

Namun jika rakan guru ingin mencuba pengetahuan mengenai PTK sila layari web saya http://www.freewebs.com/ptk2

Saya tidak dapat menyiapkan nota-nota yang berkaitan sepenuhnya kerana kekangan masa dan tidak memiliki kemudahan internet dirumah.

Tuesday, July 21, 2009

Masalah buta huruf dan buta sejarah

Kelmarin media TV mendedahkan masalah buta huruf yang mempunyai angka yang agak besar. Mana pergi pakar pemulihan dan apakah kekangan untuk mengatasi masalah buta huruf tersebut. Apa yang dikesalkan jumlah yang begitu besar adalah terdiri daripada pelajar kategori normal.

Mungkin satu kaedah pengesanan kelemahan pelajar perlu diperkenalkan kepada guru berkenaan. Kemudian barulah pendekatan yang sesuai dipilih untuk diikuti pelajar tersebut.

Kementerian nampaknya kembali akan perkenalkan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Pengetahuan mengenai terbentuknya negara Malaysia diharap dapat berikan kepada generasi baru. Dan penting juga mereka mampu menangani situasi yang sedia wujud dan meneruskan kegemilangan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka , aman dan makmur.

Kini guru dipersalahkan

Akibat daripada kegagalan pelaksanaan dan pencapaian PPSMI guru kini dipersalahkan. Ketika PPSMI dimulakan pihak guru menjelaskan ramai guru yang belum bersedia dan tidak berkemahiran menyampaikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi tidak diendahkan. Untuk menggalakkan dan menutup keresahan guru maka diberikan elaun kritikal 5% dan 10%. Guru juga dibekalkan dengan skrip dan bahan interaktif.

Kini kita putar kembali ke belakang. Menyambung semula apa yang telah kita tinggalkan.

Tuesday, June 30, 2009

Syor adakan pembantu guru disokong

Syor yang dikemukan oleh NUTP agar kementerian mewujudkan jawatan pembantu guru disokong sepenuhnya. Adakan satu kauter khas untuk mengendalikan soal pembayaran yuran dipejabat sekolah. Berikan pembantu kepada guru IT, guru Kemahiran Hidup Bersepadu dan pembantu am untuk mengambil alih tugas-tugas guru kelas.

Berikan peluang dan tumpuan kepada guru untuk P&P dan Koko. Sediakan bahan-bahan bantu pengajaran di Internet dan sediakan kemudahan ekses internet tanpa wayar di semua sekolah.

Sunday, June 14, 2009

Kesatuan Guru NUTP bantah lanjutkan kursus KPLI kepada 18 bulan

NUTP melalui setiausahanya mengeluarkan kenyataan membantah hasrat kementerian melanjutkan tempoh kursus KPLI kepada 18 bulan . Ini akan menyebabkan guru tersebut akan menikmati gaji awal mereka hampir 6 tahun setelah menghabiskan pengajian mereka