Pages

Saturday, October 16, 2010

Berita Mengembirakan Bujet 2010?

Suatu perkara yang patut sebahagian guru gembira adalah berakhirnya PTK. PTK bermula dengan sejarah yang tidak berapa elok kerana dalam satu daerah hanya 2 atau 3 orang guru yang lulus. Keputusan itu mengambarkan kepada umum seoalah-olah para guru tidak memahami bidang tugas masing-masing. Setelah adanya rungutan dan rayuan maka semakan semula telah diadakan. Akhirnya PTK mengalami beberapa proses perubahan demi perubahan. Kini berakhirlah semuanya itu. Akan bermula sesuatu yang baru yang belum kita semua tahu. Bagaimanakah ia akan bermula.

Ada rakan yang menceritakan tentang rakan persekolahannya di Jabatan lain dengan gred gaji yang sama telah ada bilik sendiri berhawa dingin dan ada pemandu pula. Nasib guru memang lain . Bilik guru padat dan sendat ada yang tidak dapat tempat dalam bilik guru terpaksa menumpang bengkel dan bilik-bilik khas. Kerusi dan meja guru dalam kelas sudah patah dan terkopak disana-sini.

Buat penawar hati duka itu diberilah imbuhan khas RM500. Guru patut syukur. Semestinyalah kerana guru adalah guru. Kalau RM2000 diberi guru pasti lebih gembira. Guru-guru jangan minta lebih, sebab guru adalah guru.

No comments: