Pages

Sunday, May 14, 2006

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua guru dan bekas guru.

Guru Bestari Pemangkin Kecemerlangan.

Hari guru akan terus diraikan setiap tahun. Tema-tema dan slogan-slogan yang begitu indah akan terus untuk dicari untuk dinyalakan pada lilin hari guru. Tapi mungkinkah ia akan padam dan hilang bersama hilangnya lilin dan kek hari guru.

Apakah martabat guru akan dijulang dan apakah maruah guru akan terpelihara? Apakah kerjaya guru akan dihormati dan apakah sumbangan guru dan jasa guru mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Generasi hari ini tidak melupakan artis-artis dan memberikan sanjungan di mata masyarakat dengan pelbagai gelaran dan anugerah lantaran mereka telah menjadi penghibur dan dianggap berjasa kerana menghibur semua peringkat manusia tidak mengira bangsa. Tetapi sudah memadaikah pandangan, perhatian, simpati dan perlindungan diberikan kepada guru-guru yang mendidik anak bangsa.

Apa komen anda?

3 comments:

AdiezX Co. said...

Saya sokong kata-kata cikgu. Saya ingin memohon kepada semua yang tidak tau dan bukan guru supaya jangan hanya melihat tugas guru di dalam kelas kerana itu hanya sebahagian kecil daripada tugas guru. Di dalam kelas guru hanya mengajar dan mendidik. Apa pendangan anda kalau setiap pagi anda menyiapkan persediaan untuk pembentangan, bentang sepanjang petang dan buat laporan pada waktu malam untuk setiap hari? Dan sabtu anda perlu bersukan. Begitulah tugas dan beban kerja seorang guru. Saya seorang guru sesi petang. Pagi saya bersedia bahan untuk mengajar. Petang saya hanya berpeluang mengajar, bukan untuk perkara lain. Manakala malam untuk menyemak kerja pelajar, membuat soalan latihan, membuat refleksi dan perancangan untuk mengajar keesokan harinya. Itu belum termasuk kelas bimbingan peperiksaan, aktiviti kokurikulum dan tugasan lain seorang guru. Pelajar hanya membuat kerja rumah untuk 9 – 12 subjek tapi guru perlu menyemak kerja beratus orang pelajar. Seorang guru mungajar sekurang-kurangnya 5 buah kelas dan sebuah kelas terdapat sekurang-kurangnya 30 orang pelajar. Dalam seminggu ada masa untuk teori, praktikal dan peneguhan. Teori ada nota, praktikal ada laporan dan peneguhan ada latihan. Semua perlu disemak boleh dikatakan setiap minggu. Selain tugas mengajar sebagai guru, kami akan memegang beberapa jawatan lain seperti guru tingkatan, setiausaha peperiksaan, ketua panitia atau penyelaras subjek, pentaksir kerja kursus, guru disiplin, guru bimbingan & kaunseling, jurulatih sukan, jurulatih pasukan akademik, guru penasihat persatuan, guru pusat sumber, guru biasiswa, guru data, guru koperasi, guru buku teks, waden asrama dan banyak lagi. Malah seorang guru memegang lebih daripada 3 jawatan. Tapi ramai yang tidak tahu tetapi hanya melihat tugas guru di dalam kelas.

AdiezX Co. said...

(sambungan 1)
Saya dah baca dan sokong kata-kata NUTP dalam Utusan Online tentang tugas guru semakin banyak dan membebankan. Kecuali yang buat tugas sambil lewa atau 'tak dapat' diberi tugas lebih saja yang hanya goyang kaki dengan tugas guru. Kalau pengurus dan jurulatih pasukan dapat gaji bila melatih pemain, itu sahaja kerja mereka. Kami tiada gaji tambahan melatih pelajar, mengurus sebuah persatuan, membuat kerja stok, mengurus pelajar asrama macam pekerja hotel, jadi penasihat/kaunselor, malah jadi pengawal/penguatkuasa peraturan. Kami perlu melatih, mengajar dan menyemak buku. Ibubapa menjaga 4-6 orang pelajar pun dah membebel, inikan pula kami yang perlu menjaga sekurang-kurangnya 150 orang pelajar dalam kelas yang diajar. Mungkin kakak boleh menjaga adik, abang boleh tolong beli barang. Pelajar kami sama tahap. Siapa nak nasihat siapa. Kami juga yang yang nak kena buat semua tu. Anak degil, guru dipersalah. Pelajar bodoh, guru dikata tak pandai mengajar. Kami diiktiraf kerajaan dan IPT untuk mengajar. Kalau kami tak pandai mengajar, kenapa pelajar lain boleh lulus. Dan perlu diingatkan, kami juga ibu bapa dan ahli keluarga. Mengikut kajian di dalam Berita Harian, purata masa bertugas seorang adalah 66.24 jam seminggu. Jauh lebih banyak daripada kebanyakan pekerjaan. Malah itu kerja yang dapat dilihat. Bukan yang terpaksa dibawa ke rumah untuk disiapkan. Dan untuk guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan seperti saya sendiri, keadaan adalah lebih teruk. Boleh dikatakan rehat hanya bila tidur (5 jam). Tapi setiap tahun, semakin banyak tugas baru yang diberi oleh kerajaan kepada guru kerana ramai yang masih beranggapan tugas guru mudah dan hanya setengah hari sahaja. Tambahan pula kalau ada apa-apa kempen, pihak sekolah juga perlu dipertanggungjawabkan kerana kononnya, semuanya bermula di sekolah.

AdiezX Co. said...

(sambungan 2)
Apatah lagi guru sekarang sudah tidak boleh naik suara atau sentuh pelajar. Ambillah tauladan dari cerita Anakku Sazali. Depan makbapak memang anak-anak tunjuk baik. Saya berterima kasih kepada guru-guru saya dahulu kerana takutkan hukuman mereka, saya cuba buat yang terbaik. Kerana saya tau kalau betul, takkan kena hukum. Kalau ikut peraturan, takde siapa nak marah. Tapi sekarang ramai ibu bapa marah apabila sekolah memanggil mereka untuk membincangkan kesalahan disiplin anak-anak mereka. Kalau berani langgar peraturan, berani buat berani tanggung. Buat apa kami sengaja nak tuduh pelajar bersalah. Kami ada banyak lagi kerja lain daripada melayan kerenah pelajar yang suka minta perhatian. Ibu bapa hanya tahu menghantar anak-anak ke sekolah dan selepas itu pergi kerja. Tentang anak-anak mereka serahkan 100% kepada pihak sekolah. Macam kami ni “Baby sitter”. Tapi bila anak-anak buat hal, kami tak boleh tegur atau sentuh. Bila diberitahu, ibu bapa menyalahkan pihak sekolah tak pandai menjaga anak-anak mereka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hanya tau mereka yang betul. Sedangkan mereka tak dapat didik disiplin anak-anak mereka yang hanya beberapa orang itu, inikan kami yang langsung tak berhak nak marah. Naik suara sikit, saman. Sentuh sikit, saman. Marah sikit, saman. Mana maruah guru apabila pelajar dengan sesukahati mempermainkan guru, menghina guru dan buat sekolah macam bapak dia punya, dan kami hanya berhak melihat. Malah pelajar sekarang sudah tahu kami tidak mampu membalas ataupun menghukum mereka. Dan mereka boleh buat sesuka hati. Guru pun manusia, ada hati dan perasaan. Seberapa hebat pun seorang guru mengajar, seberapa banyak pun pengalaman kami, kalau pelajar asyik bermain dan tidak menumpukan perhatian, ilmu tetap tidak sampai. Bila ditanya, siap pandai menjawab, “Bapak saya tak pakai pun apa yang cikgu ajar masa dia kerja. Kalau pandai pun, bukan dapat duit.” Inilah contoh betapa kurang ajar pelajar sekarang akibat terlalu dimanja. Kalau zaman saya dulu, memang dah kena penampar. Kurang ajar sangat. Balik rumah kena sekali lagi. Tak siap kerja rumah pun kena pukul. Gagal exam pun kena. Tapi sekarang kami hanya dapat pendam dan tahan. Inilah sebabnya ramai guru menjadi pesakit luar hospital mental, pesakit jantung dan mendapatkan perkhidmatan kaunselor. Dan sekarang, hak cuti guru pun nak dipertikaikan. Hanya cuti hujung tahunlah yang saya anggap cuti sebenar bagi seorang guru. Cuti-cuti yang lain, biasanya guru terpaksa menyemak kertas peperiksaan pelajar, membuat analisis peperiksaan, mengisi buku laporan dan mengemaskini fail pelajar. Tau-tau cuti dah nak abis. Kami dah kerja dari pagi sampai malam untuk sepanjang tahun. Apa salahnya kami bercuti pada hujung tahun. Nasihat saya pada yang lain, kalau anda anggap kerja sebagai guru adalah senang, jadilah guru. Anda akan tau sendiri.