Pages

Tuesday, November 09, 2010

Sispa ooo Sispa !!!!


Apa dah jadi dengan 'SISPA'. Saya bersama-sama rakan lain diberi taklimat sebelum peperiksaan akhir tahun bahawa suatu berita gembira buat semua guru di Larut Matang Selama. Segala pengurusan markah peperiksaan akan dibuat secara online. Guru-guru diberi amaran jika berlaku kelewatan mengisi markah kena jawab sendiri kepada Jabatan. Tetapi kini apa yang berlaku... Jabatan kena jawab pula. Mengapa begitu payah dan sukarnya untuk akses SISPA.

Keputusan peperiksaan sepatutnya sudah boleh dikeluarkan dan kedudukan pelajar dan pengagihan kelas dan buku teks sepatutnya boleh dilakukan semuanya sudah kelam kabut dan tertangguh... mengapa oh mengapa?

1 comment:

Guru kampung said...

Kita bersetuju penggunaan online dalam dunia pendidikan. Segala persediaan rapi perlu dibuat agar tidak berlaku pertindihan kerja atau kerja berulang-ulang. Server mestilah mempu menampung kesesekan waktu puncak agar masa dan wang tidak terbuang.