Pages

Friday, December 30, 2005

Warga pendidik kerja lima hari seminggu

Lebih 300,000 guru seluruh negara mendapat `hadiah' tahun baru apabila kerajaan akhirnya bersetuju dengan tuntutan mereka bekerja lima hari seminggu, sama seperti kakitangan awam lain.
Dengan dasar baru kerajaan yang berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2006, bermula minggu depan itu, bermakna perjuangan golongan pendidik itu sejak beberapa bulan lalu telah berhasil.
Sebelum ini, pelbagai kesatuan guru tidak berpuas hati kerana menganggap dianaktirikan disebabkan tidak mendapat layanan yang sama dengan kakitangan awam lain untuk bekerja lima hari seminggu.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat ketika mengesahkan berita gembira itu kepada Utusan Malaysia hari ini menyifatkan, ia satu `hadiah' tahun baru kepada golongan pendidik.
Beliau memberitahu, pengesahan dan kelulusan bekerja lima hari seminggu itu dibuat melalui pekeliling Kementerian Pelajaran yang turut dihantar kepada NUTP yang diterimanya minggu lalu.
Ia terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 bertajuk `Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu', bertarikh 5 Disember lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon

Petikan Utusan Malaysia

No comments: