Pages

Sunday, September 24, 2006

Masalah data di Sekolah

Jumaat 15 September 2006

Utusan Malaysia

Satu rencana memfokuskan masalah pengurusan data sekolah telah dikemukakan oleh seorang penulis dan Prof Madya iaitu Mariah Lambak dan Prof Madya Dr. Zawiyah Mohammad Yusof. Beliau telah membuat satu tinjauan dan merumus beberapa perkara penting berkaitan isu pengurusan data sekolah.

Kepentingan Sistem Maklumat dan aplikasi Teknologi Maklumat (TM)
  1. mengurus dan mentadbir
    1. pelajar (merekod maklumat pelajar, keputusan akademik, rekod kehadiran dan enrolmen
    2. kakitangan (merekod maklumat staf, perjawatan, cadangan pemberian insentif kepada guru dan juga penempatan guru)
    3. belanjawan (penyediaan belanjawan , transaksi kewangan dan inventori, pengagihan peruntukan perkapita, perbekalan peralatan ke sekolah)
    4. perancangan dan pembangunan (jadual waktu, unjuran enrolmen, pemetaan sekolah, pembinaan asrama, cadangan penstrukturan semula sistem pendidikan)

  2. pembekal maklumat utama
  3. membekal maklumat kepada PPD, JPN dan KPM

Sistem yang telah dibekalkan ialah

  1. Education Management Information System (EMIS)
  2. Sistem salah laku dan Displin Murid (SSDM)
  3. Sistem Maklumat Pinjaman Buku Teks
  4. Sistem Perlantikkan Pengawas peperiksaan
  5. Sistem Pendaftaran Calon peperiksaan untuk PMR dan SPM dan
  6. Sistem Maklumat Murid (SSM)

Kandungan Sistem EMIS
EMIS dibangunkan dan diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar pendidikan (BPPDP)

  1. Profil sekolah
  2. kemudahan yang terdapat disekolah
  3. maklumat guru, staf sokongan dan maklumat pelajar

Kelemahan EMIS

  1. memenuhi kehendak BPPDP
  2. memenuhi 80% kehendak PPD dan JPN
  3. terpaksa menggunakan dua kaedah untuk membuat laporan
  4. beberapa unit di KPM membangunkan sistem lain untuk keperluan mereka
  5. sekolah terpakasa menggunakan banyak sistem dalam mengurus maklumat dan data mereka
  6. sekolah menggunakan maklumat lain dipasaran untuk mengurus pusat sumber, menyusun jadual waktu, kedatangan pelajar dan menyusun peperiksaan dalaman
  7. wujud dua sistem iaitu dari KPM dan bukan dari KPM

------------------------------------------------------------

Berdasarkan fakta yang telah dinyatakan di atas, maka berlakulah bebaan tugas yang makin bertambah ke atas bahu guru.

  • Guru dikehendaki menyediakan maklumat secara manual dalam buku kedatangan pelajar dan guru juga perlu menydiakan maklumat secara berkomputer seperti yang dikehendaki oleh KPM.
  • Proses pengisian maklumat pelajar contohnya terpaksa dilakukan beberapa kali dalam sistem yang berbeza kerana sistem yang sedia ada tidak menyokong di antara satu sama lain dan tidak terdapat pemboleh ubah berlaku agar perkongsian data boleh dilakukan.

No comments: