Pages

Saturday, May 14, 2011

Disarankan sempena Hari Guru Tahun 2010

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sehingga hari ini belum dapat dilihat sebarang hasil dan kesannya terhadap guru. Bahkan guru semakin bertambah kerja. Kerja manual masih wajib dan kerja digital pun kena buat. Sebagai contoh :

  1. Maklumat Murid
    • Kena direkodkan dalam buku besar pendataran pelajar
    • Kena direkodkan dalam buku kedatangan
    • Kena direkodkan dalam kad 001
    • Kena direkodkan dalam SSM
    • Kena direkodkan dalam BBM
    • Kena direkodkan dalam fail KOKO
  2. Maklumat ujian dan peperiksaan
    • Kena direkodkan dalam buku ringkasan mengajar
    • Kena direkodkan dalam borang TOV
    • Kena direkodkan dalam ISIS (Sistem maklumat peperiksaan dalaman)
    • Kena direkodkan dalam SISPA/SASP (Sistem maklumat peperiksaan online)
    • Kena direkodkan dalam borang analisis item
    Bilakah beban guru akan berkurangan?
    Bilakah janji akan dikotakakan?
    Bilakah guru akan dapat menjadi rakan pendamping kepada murid?
    BILAKAH??????

No comments: