Pages

Friday, November 18, 2005

Guru pendidikan seks

Hari ini aku mendengar di corong radio pemberita radio menyatakan bahawa Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga , Dato Sri Sharizat telah memberitahu bahawa pendidikan seks akan dilaksanakan tahun hadapan (2006) tetapi tarikh pelaksanaan akan ditentukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Bagiku sudah pastilah ada guru yang bergelar guru pendidikan seks atau guru seks. Kandungan dan masa pelajaran itu dilaksanakan belum diketahui lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita terkini:

Pendidikan seks prasekolah
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
Draf akhir garis panduan untuk 5 kumpulan sasaran ke Kabinet awal JanuariPUTRAJAYA: Murid prasekolah seawal usia empat hingga enam tahun adalah antara lima kumpulan sasaran yang akan diberi pendedahan mengenai pendidikan seks yang dijangka dilaksanakan mulai awal tahun depan.

Empat lagi kumpulan membabitkan pelajar berusia tujuh hingga sembilan tahun yang dikategorikan sebagai Tahap 2, awal remaja 10 hingga 12 tahun (Tahap 3), remaja 13 hingga 18 tahun (Tahap 4) dan 19 tahun ke atas meliputi mahasiswa, ibu bapa serta warga emas (Tahap 5).Perkara itu terkandung dalam draf akhir Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu pertama bulan depan.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar), berkata garis panduan itu juga mengandungi enam teras meliputi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran diri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.Beliau berkata, garis panduan itu disediakan kementeriannya serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang turut menubuhkan jawatankuasa pelaksana untuk merangka program itu pada semua peringkat umur.“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjadi sekretariat bagi semua program untuk mendidik orang ramai mengenai seksualiti berasaskan garis panduan itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pendidikan Seksualiti Kebangsaan di kementeriannya di sini, semalam.Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Hishammuddin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri juga akan menentukan bentuk program pendidikan seksualiti yang sesuai dijalankan kementerian atau agensi masing-masing seperti menerusi ceramah, video, rancangan televisyen."Bagi Kementerian Pelajaran, pendidikan seksualiti tidak akan dijadikan satu mata pelajaran khusus tetapi pengisiannya dimasukkan dalam subjek lain seperti Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Moral, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris."Selepas lima tahun, Kementerian Pelajaran akan memperbaharui kurikulum, mempertingkat kemudahan di sekolah dan mengemaskini latihan guru, barulah kita akan memikirkan untuk menjadikan pendidikan seksualiti sebagai subjek khas."Ketika ini, Kementerian Pelajaran perlu mengambil kira penekanan lain kepada guru dan pelajar seperti aspek integrasi nasional, pengenalan subjek bahasa Mandarin dan Tamil, kokurikulum dan sukan, keselamatan jalan raya serta menggalakkan budaya membaca," katanya.Sementara itu, Shahrizat berkata, garis panduan itu sangat penting untuk menyediakan asas kepada golongan muda mengenai perhubungan lelaki dan wanita, perubahan bentuk badan, emosi, sistem reproduktif, hubungan seks, kehamilan, cegah hamil, pengguguran dan penyakit kelamin.Katanya, remaja perlu dimaklumkan mengenai punca berlaku perubahan bentuk badan perempuan, tekanan emosi, HIV/Aids, hak dan tanggungjawab diri, pengurusan kemarahan dan undang-undang yang berkaitan seks serta institusi keluarga.Beliau berkata, program di bawah garis panduan itu diharap dapat mengurangkan gejala sumbang mahram, seks luar nikah, rogol dan jenayah terhadap kanak-kanak serta wanita.Dalam ringkasan garis panduan yang diedarkan kepada media semalam, antara topik yang akan disampaikan di bawah teras kesihatan dan tingkah laku seksual ialah melancap, fantasi seksual, perkongsian tingkah laku seksual, ketidakfungsian seksual dan respon seksual.

Petikan: Berita Harian
------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: